Tuesday 1 July 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..Salam Ramadhan buat semua..masih belum terlambat untuk ina mengucapkan selamat berpuasa..alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini..macam mana puasa ketiga kita hari ini..mesti ibu-ibu tengah sibuk pikir menu untuk berbuka dan bersahur kan..

ina dah dua hari bersahur dengan segelas ESP sahaja..sorang-sorang bersahur tiada selera nak makan nasi..ESP sangat membantu..bancuh 3 sudu dengan air suam..terus minum..bertenaga sepanjang hari..tak rasa penat dan lapar..bulan puasa ni abislah ESP ina yang tinggal separuh tu..nak kena restock lagi untuk diri sendiri..

anda pula bagaimana cerita sahur..seronok kan kalau berpuasa di kampung..masa sahur tu yang best..kejut sorang-sorang bangun..ada yang terkedip-kedip mata tengok nasi..masih di alam mimpi..

hurm hari ni nak berbuka apa yer..(^-^)

No comments:

Post a Comment