Monday, 18 November 2013

Khasiat Anggur

Anggur sangat tinggi khasiatnya dan kaya dengan pelbagai vitamin dan bahan-bahan metalik yg merupakan sejenis makanan penting..
Sekitar 20-25% isinya ialah gula yang dapat masuk ke dalam aliran darah dengan cepat. Oleh sebab itu,anggur adalah baik untuk mereka yang banyak melakukan kegiatan fizikal dan mental kerana anggur berupaya menghilangkan rasa penat dan menghapuskan anemia.

Begitu banyak kandungan zat besi dan gula di dalam anggur yg berupaya melancarkan aliran darah dan menjadi ubat bg pesakit hati,ginjal dan sistem pencernaan.
Anggur merangsang kepada berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas2 tubuh seperti urea.Dengan mengeluarkan air yg berlebihan daripada tubuh,anggur dapat menurunkan tekanan darah.

Para penderita ulser perut,migrain,radang sendi,radang usus kecil,reumatik dan mereka yg keracunan disaran minum jus anggur.Anggur juga berupaya menguatkan organ jantung,bermanfaat dalam menyembuhkan bronkitis dan batuk serta meningkatkan kecantikan kulit kerana anggur membersihkan darah..

Firman Allah S.W.T :
  "Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu kebun-kebun tamar dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (pelbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu."
                                           (Surah al-Mu'minun 23:19)


Sumber: Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku, Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi


No comments:

Post a Comment