Tuesday, 21 January 2014

Halalkah Produk Shaklee?

Macam-macam cerita wujud di sebalik isu halal Shaklee..jom kita fahami dan baca entry dari seorang yang sangat ina kagumi..master wan fatihanum..semoga apa yang disampaikan oleh beliau dapat menjelaskan sejelas-jelasnya isu ini..

#################################################################################

Kecoh isu halal haram ni kan. Memang patut kena ambil tahu sebab isu halal haram bukan boleh main-main. Apatah lagi melibatkan benda yang menjadi darah daging kita. Memakan makanan yang halal mengikut Islam adalah untuk menjaga kesucian jiwa. Bimbang jika banyak makanan haram masuk ke perut kita, maka bagaimana dengan jiwa itu yang diisi dengan benda haram. Kita pun sudah dipesan:


Dalam Hadis Rasulullah SAW juga menegaskan:
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.

“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba

, maka api neraka lebih utama baginya”.



(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Takut kan jika main-main bab halal haram ini. Maka hari ini saya ingin mengupas isu halal haram Shaklee yang memang sudah sebati dalam harian saya. Kita tengok dulu mesej ini.

Ada juga tersebar status mesej ini yang saya anggap agak kelakar. Mohon semak dan cari maklumat dahulu sebelum menyebarkan kerana ia boleh menimbulkan fitnah. 


Terkejut tak? Sebab tiada dalam senarai halal Malaysia kan? Haaa jangan buat kesimpulan sebelum mengetahui kebenaran. Mari kita semak kenapa ia berlaku?

Memang kalau semak ianya TIDAK AKAN ADA dalam senarai halal dari portal halal Malaysia kerana Shaklee bukan produk dari Malaysia. Ianya produk dari USA dan di sana badan yang bertanggungjawab untuk berikan sijil halal adalah Islamic Services of America (ISA). Mari baca lagi penerangan lanjut.

KENAPA SHAKLEE TIADA HALAL JAKIM ATAU LOGO HALAL JAKIM?

Untuk makluman, produk shaklee adalah daripada USA. Maka di USA telah ada badan halal mereka sendiri di sana iaitu Islamic Services of America. Dan ISA lah yang bertanggungjawab berikan sijil halal pada produk untuk pasaran Islam di sana. Tidak perlulah JAKIM ke sana untuk membuat perkara yang sama.

JAKIM akan keluarkan sijil halal untuk PRODUK YANG DIKELUARKAN DI MALAYSIA. Jadi tiada masalah walaupun ISA yang keluarkan sijil halal kerana ISA telah pun diiktiraf oleh JAKIM. Boleh semak senarai badan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di sini:
semak di link ini, muka surat 18:

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf


Ibaratkan kalau kita di Malaysia ni ada sijil SPM (sijil pelajaran Malaysia), takkan dekat USA pun ada sijil yang sama jugak:)

Maka tiada ragu-ragu lagi bab halal ni ye. Untuk senarai produk shaklee ia memang telah mendapat status halal dari ISA dan ini adalah certificate yang menyokongnya. 
Untuk lebih nampak jelas, boleh ke link ini:

http://www.shaklee.com.my/img/content/Image2368284.pdf


Jika merujuk kepada website ISA juga ada dinyatakan demikian. Tengok mereka juga ada menyebut JAKIM juga mengiktiraf ISA dan ada juga diberikan link ke bahagian halal Malaysia.


Maklumat lanjut boleh rujuk link ini:

http://www.isaiowa.org/Content/About-I-S-A/Halal-Accreditation.aspx

Sudah terang lagi bersuluh bukan. Maka jangan ragu lagi dengan status halal shaklee kerana shaklee sangat menjaga reputasi dan ianya buka produk yang baru ujud 2,3 tahun..ianya telah lebih 50 tahun di pasaran. Moga selepas ini lebih ramai pengguna shaklee semakin yakin dengan shaklee kerana sangat menjaga sensitiviti orang Islam.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.