Wednesday 8 January 2014

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum semua..malam ni tiba-tiba ina teringat nak share dengan pembaca-pembaca semua tentang penyakit tangan, kaki dan mulut..atau geng-geng klinik panggil HFMD singkatan daripada hand, foot and mouth disease..

bulan lepas riana pernah kena HFMD ni..jadi merah-merah dekat tangan, kaki dan dalam mulut..bila dah perasan ada simptom-simptom macam HFMD..ina terus google pasal penyakit ni..rata-rata ibu yang share dalam blog tentang anak yang kena HFMD menyatakan penyakit ini tiada ubat..hanya bagi ubat demam dan sapu calamine lotion..

ina terus terpikir nak bagi riana nutriferon shaklee pengganti ubat demam..dekat merah-merah tu ina sapu calamine lotion pinjam kat jiran..kebetulan jiran ada calamine lotion..nak bawa motor pergi klinik kem tangan tak berapa nak ok lagi..ayah riana plak takde ade urusan kerja kat kolumpo..

alhamdulillah demam tak panas sangat..dalam berapa hari jer merah-merah kat tangan, kaki dan mulut riana hilang..lega sangat rasa..bagi ibu-ibu yang tak pernah alami anak terkena HFMD meh ina share sikit apa benda HFMD ni..tanda-tanda penyakit dan langkah-langkah pencegahan..harap apa yang ina share ni dapat bantu pembaca-pembaca blog ina yang bergelar ayah dan ibu..


meh kita selongkar apakah HFMD?

(1) penyakit ini disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun..yang ada anak bawah 5 tahun hati-hati tau..awasi anak anda yer..

(2) jangkitan berlaku disebabkan persekitan yang sesak dan kotor..jangan kita kerap sangat bawa anak-anak bawah 5 tahun ni ke tempat-tempat yang ramai orang dan tempat-tempat yang kotor yer..

(3) berjangkit melalui sentuhan secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit..

(4) kebanyakan kes HFMD tidak serius namun ada juga kes-kes yang serius yang melibatkan sistem saraf dan jantung..


Tanda-tanda dan gejala HFMD:

(1)ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin..
(2) ulser di tekak dan mulut
(3) demam
(4) sakit kepala
(5) hilang selera makan


Langkah-langkah pencegahan:

(1) cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak..

(2) tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk..

(3) jangan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cawan, sudu dan garfu..

(4) mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat keerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil..

(5) cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak..

(6) elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas..

sekiranya anak-anak anda ada tanda-tanda dan gejalan penyakit tangan, kaki dan mulut eloklah bawa segera anak ke hospital atau klinik yang berhampiran..

Sayangi nyawa anak anda..cegah sebelum terlambat..ambil tahu kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab anda sebagai seorang ayah dan ibu..(^-^)

Iklas,
ibu riana 

No comments:

Post a Comment