Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda-tanda Gout
1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi
1.Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
2.Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
3.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti: -Kegemukan
-Darah tinggi
-Hiperlipidemia
-Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
-Rawatan serangan akut -Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN
-Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
-Ikan bilis, kembung, sardin
-Daging cincang
-Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
-Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
-Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
-Peanuts, lentil, beans and peas
-Poultry
-Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
Rehatkan sendi semasa serangan gout.
Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)
Mengelakkan minuman keras
Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
Minum banyak air
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum
alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian
penyakit gout.
Antara supplimen Shaklee yang dicadangkan untuk pesakit gout:
- Alfafa ~
detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
- Performance Drink ~
memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox di atas.

- Omegaguard ~ Mengelakkan keradangan sendi.
Nak dapatkan supplimen shaklee untuk gout,boleh hubungi:
Ibu Riana SID 921124
Call/SMS 0139661471/0175262669
No comments:
Post a Comment