Sunday, 8 September 2013

Tip Meningkatkan Kesuburan

1# FAHAMI PROSES KEHAMILAN
Memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor kesuburan.
 
2# JUMPA DOKTOR
Pastikan anda dan pasangan bebas daripada sebarang masalah dengan membuat rawatan doktor.
 
3# BERAT BADAN YANG IDEAL
Sekiranya mempunyai berat badan yang berlebihan atau berkurangan, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan.
 
4# KETAHUI WAKTU SUBUR
Hari subur wanita cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui hari subur yang tepat, peluang untuk hamil adalah tinggi.
 
5# HUBUNGAN SEKS YANG KERAP
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan wanita hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari subur, berhubunganlah setiap hari.
 
6# TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI
Pastikan kesihatan reproductive suami pada takat optimum dengan mempraktikkan cara hidup sihat.
 
7# MULTIVITAMIN
Wanita disarankan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.
Lelaki pula disarankan untuk mengambil suplemen zink untuk meningkatkan keperluan sperma.
 
8# BERSENAM SECARA RUTIN
Bersenam adalah cara untuk sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
 
9# MAKANAN YANG SEIMBANG
Mengawal pengambilan makanan terutama apabila mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.
 
A10# KURANGKAN TEKANAN
Tekanan sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan.
Lakukan aktiviti-aktiviti ringan yang boleh megurangkan tekanan.
 
11# JAUHI DADAH, MEROKOK DAN MINUMAN KERAS
Rokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.

No comments:

Post a Comment