Thursday 29 May 2014

Keperluan Anak Ketika Bercuti

Assalamualaikum..cuti sekolah dah bermula..semua orang dah sibuk rancang percutian..bagaimana dengan keperluan anak..adakah selalunya keperluan yang anda bawa cukup..meh ina kongsi dengan semua untuk sediakan keperluan anak ketika bercuti..

jika anda bercadang ingin bercuti bersama anak-anak yang berusia 3 tahun ke bawah, pastikan anda membawa keperluan seperti di bawah:

riana pakai pampers ni..hehe

1. Lampin pakai buang yang secukupnya
yang ni memang penting..kadang-kadang kita dah kira cukup-cukup je ikut berapa hari percutian..tetapi tetap tak cukup sebab anak tiba-tiba plak cirit-birit..so keraplah tukar lampin pakai buang..

dutc lady 123

2, Susu
jika anak anda minum susu formula..kalau menyusu badan senang bercuti..tak perlu nak angkut tong susu, termos, botol susu..hehe..

brand mam

3. Botol susu lebih daripada 2
senang jika anak ingin susu semasa dalam perjalanan..tak perlu nak berhenti semata-mata untuk basuh botol susu..

thermos

4. Termos
Bekalan air panas yang mencukupi semasa perjalanan atau di tempat-tempat persinggahan..

frozen

5. Pakaian yang cukup..kena kira hujan panas..takut tak kering baju walaupun anda basuh..hehe..

biasanya kalau bercuti memang lebihkan baju riana..contoh nak bercuti 3 hari..so ina akan bawa 3 pasang baju pakai siang..3 pasang baju pakai malam..so sempatlah rotate..lebih takpe jangan tak cukup..semoga bermanfaat dan selamat bercuti..

with love,
ibu riana

No comments:

Post a Comment