Sunday 30 November 2014

ATV Offroad Kalumpang

Assalamualaikum..aktiviti terakhir family day hari ni sebelum masing-masing balik rumah..tengahari main badminton di Dewan Cina Kalumpang..sebelah petang layan ATV Offroad Kalumpang..



sekali sekala buat aktiviti lasak macam ni seronok juga..tapi tak boleh la nak ambik jalan yang adventure sangat sebab ada kanak-kanak Ribena..5 buah ATV untuk kami petang tadi..alhamdulillah semua dapat naik..tak ada yang tertinggal..hehe









tengah duk naik ATV adriana boleh tidur..ada ke patut anak aedrol akhmar ni..buat lawak je tau..main selut kita hari ni..dah abis selut lalu dalam sungai pula...hai risau je jatuh
.hehe..sejam juga perjalanan tadi..naik lenguh juga punggung..bila dah nak balik adriana nak selfie plak..layankan aje..hehe..



with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

posted from Bloggeroid

Saturday 29 November 2014

Family Day 2014

Assalamualaikum..family day kecil-kecilan minggu ni untuk.tahun 2014..bermula malam semalam..semua adik beradik yang dapat sertai family day 2014 berkumpul di rumah kakak yang sulong di kalumpang Selangor..

hari ni aktiviti kami di hotspring sg klah sungkai Perak dari pagi hingga petang..puas mandi manda seharian..berbelang-belang muka masing-masing..kami sampai paling awal..sempatlah naik go-kart dulu seround..apalagi selfie la kita..





habis mandi balik rumah masing-masing dah kepenatan..malam sambung pula sesi bbq..macam-macam ada..ayam,sotong,udang dan sosej..makan sampai tak larat nak jalan..(^-^)







tauke buah nangka pun ada malam ni..nangka madu yang sangat sedap..bertambahlah penuh perut ni..sampai ada yang kena telan pil chi ki teck aun..huhu



last sekali pencuci mulut..ada pula yang bagi idea nak bakar pisang..maka tercetuslah idea nak buat pisang bakar coklat..hadoi rosak diet hari ni..memang kelaut sungguh..esok kita bakar lemak dengan game badminton pula yer..selamat malam semua..



with love,
ibu riana
0175262669

posted from Bloggeroid

Friday 28 November 2014

Panggilan Akhir

Assalamualaikum..hehe serius benar tajuk entri malam ni..panggilan akhir untuk dapatkan omegaguard dengan harga promosi bulan ini..promosi daripada shaklee berakhir 30 november..ahad ni hari terakhir untuk order..


ada sesiapa lagi yang nak dapatkan omegaguard..antara kebaikan omegaguard adalah:

- untuk pesakit asthma
- untuk anak-anak sekolah bagi mudah hafal
- untuk pesakit jantung
- untuk merawat buasir
- untuk bakar lemak
- untuk anak yang kerap demam dan batuk
- untuk pesakit gout
- pesakit darah tinggi

dapatkan dari pengedar sah anda,

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com


Thursday 27 November 2014

Pakaian Lebih Wangi

Assalamualaikum..ada yang bertanya dalam satu facebook group..macam mana nak buat supaya baju kita tu wangi je..dari kita basuh, sidai, angkat dan pakai wangian tu masih lagi melekat pada baju..


haa meh nak kongsi satu tips..tips sangat mudah je ni..semua orang boleh buat..beli pewangi daia tu..hehe..masa bilasan kali terakhir pause sekejap mesin..masukkan pewangi daia dan biarkan sekejap supaya pewangi meresap ke dalam baju..

sambung bilas dan dah siap untuk disidai..wangian yang berpanjangan..

with love,
ibu riana
0175262669

Wednesday 26 November 2014

Performance Drink - Minuman Elektrolit Untuk Ahli Sukan

Assalamualaikum..hari ni tiba-tiba teringat dekat air performance drink ni..tengok warna pun dah menggoda kan..performance drink ni minuman elektrolit untuk ahli sukan..sangat sesuai untuk orang yang aktif bersukan..


minuman elektrolit yang lengkap dengan campuran unik karbohidrat..elektrolit berfungsi mengawal keseimbangan bendalir dalam sel badan dan juga menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf dan otot badan..


selain itu performance drink juga meningkatkan daya ketahanan badan, kurangkan kehausan, melembabkan kulit, awek muda serta mengekalkan paras gula yang normal..sebab itu sangat sesuai untuk orang yang aktif bersukan..

aduhai dah terbayang ni air performance drink yang sejuk..nyamannye minum masa betul-betul kehausan..esok nak bawa bekal performance drink la masa main badminton..hehe..nak order boleh terus hubungi ina yer..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com


Tuesday 25 November 2014

Sotong Kangkung Versi Ibu Riana

Assalamualaikum..cerita tengahari tadi..nak masak sotong kangkung..cuba cari dalam google ada macam-macam versi resepi..baca sekali imbas je pastu cuba cipta resepi sendiri..haha..


dalam peti sejuk ada sotong kembang..beli dekat pasaraya TF 2 ekor sotong enam ringgit..mahal juga kau wahai encik sotong..cari lagi dalam peti doraemon jumpa sang kangkung..apalagi terjadilah sotong kangkung versi ibu riana..


cara-cara nak buat senang je..ina basuh sotong..rebus sehingga sotong lembut..dah siap rebus sejukkan dan potong nipis..agak-agak je jangan nipis sangat..kiranya potong sesedap rasa untuk digigit dan dikunyah..

tumis cili boh sehingga agak garing..awas jangan sampai terlalu hangit yer..masukkan sos tiram, kicap dan sos cili..masuk garam secukup rasa..terus masukkan sotong dan kangkung..sekejap je terus boleh tutup api dapur gas..


taraa inilah hasilnya..ni separuh je yang tinggal..lagi separuh dah masuk perut tengahari tadi..bolehlah ada rasa la sotong kangkung..sotong tak liat dan sangat lembut..cuma tak ada bijan atau kacang je..ala-ala paprik plak kalau tengok gambar kan..selamat mencuba resepi orang malas..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Monday 24 November 2014

Kebaikan Asid Folik Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum..bila sebut pasal asid folik mesti ibu-ibu terbayang vitamin-vitamin yang terpaksa diambil semasa hamil kan..ibu-ibu ambil tak asid folik ni atau main-main..kejap ambil kejap tinggal..

ada yang ambil asid folik sebagai persediaan hamil..kadang-kadang ada yang keliru bila tengok orang makan asid folik mesti kita ingat dia hamil..sedangkan pelbagai kebaikan asid folik yang diperlukan untuk semua lapisan umur..

asid folik untuk persediaan hamil

asid folik merupakan vitamin daripada kumpulan vitamin B..asid folik wujud secara semulajadi dalam makanan harian kita seperti kekacang, buah-buahan dan juga sayur-sayuran..

apakah kebaikan asid folik untuk ibu hamil?
- membantu perkembangan janin
- melindungi bayi daripada mengalami kecacatan saraf spina bifida
- mengurangkan kebarangkalian untuk mengalami keguguran atau kelahiran bayi pra-matang

bila asid folik sesuai diambil?
bagi ibu-ibu yang merancang untuk hamil disarankan mengambil asid folik 3 hingga 6 bulan sebelum disahkan hamil..mesti pening kan..mana la kita nak tahu bila Allah nak bagi kita rezeki hamil..


penyelesaiannya bila ibu-ibu merancang untuk hamil boleh terus ambil asid folik..pengambilan asid folik sebelum hamil menyediakan rahim yang mempunyai nutrien-nutrien penting untuk keperluan janin..

pengambilan perlu diteruskan sehingga 12 minggu kehamilan bagi memastikan keperluan asid folik untuk ibu hamil mencukupi..


bagaimana nak pastikan pengambilan asid folik yang cukup?
anda boleh mengambil makanan-makanan yang kaya dengan asid folik setiap hari..atau ada cara yang paling senang iaitu dengan mengambil B Complex Shaklee setiap hari..


B complex dilengkapi dengan asid folik..hanya satu tablet sehari sebelum hamil, semasa hamil dan juga semasa pantang..B Complex membekalkan tenaga dan juga mengelakkan tekanan atau meroyan ketika di dalam pantang..

nak dapatkan asid folik shaklee, boleh terus hubungi ina:

call atau whatsapp ina 0175262669
add FB Ibu Riana untuk terus berhubung dengan ina
Like Fanpages Ibu Riana Onlineshop untuk terus dapatkan pelbagai info daripada ina serta konsultasi secara percuma..

Sunday 23 November 2014

Yeay Cuti Sekolah

Assalamualaikum..cuti persekolahan dah bermula..ramai ibu dan ayah yang merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti kan..pilihlah tempat yang bersesuaian dengan usia anak serta selamat untuk dikunjungi..



awasi anak-anak anda selalu ketika bercuti..jangan leka tau..seminit anda leka padahlah akibatnya..sekarang ni terlalu banyak kes culik anak..sasaran adalah anak-anak kecil..tak salah kalau kita berwaspada selalu kan..


hujung-hujung tahun ni musim banjir dan musim tengkujuh..elakkan membawa anak-anak bercuti ke pantai atau sungai..bagi kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir..awasi anak anda supaya tidak bermain air banjir..


macam-macam penyakit berjangkit berlaku pada musim banjir..antaranya cirit-birit, demam denggi, penyakit kencing tikus, jangkitan pernafasan dan penyakit kulit..jaga kebersihan ketikan musim banjir dapat mengelakkan penyakit berjangkit..

semoga semua anak-anak kita berada di bawah lindungan Allah serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang cuti persekolahan ini..Aamiin..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com




Saturday 22 November 2014

Testimoni Set Pantang Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ini ina nak kongsi dengan semua testimoni terbaru anak shaklee ina sendiri..ruzi hanya amalkan set pantang shaklee je..hari ni dah 31 hari..baby dengan ummi sihat dan bertenaga..muka pun makin berseri-seri tau..


ada kawan satu tempat kerja bagitahu ruzi semakin kurus daripada sebelum mengandung..haa best kan..set pantang shaklee terdiri daripada vitalea, b complex, vita c, zinc complex dan ESP..sambil berpantang sambil jaga badan..(^-^)


set pantang shaklee membekalkan tenaga untuk kecergasan ibu berpantang setiap hari..memulihkan luka jahitan selepas bersalin..membantu membuatkan kulit lebih sekata dan lembut..ESP membantu penghasilan susu ibu..

dapatkan konsultasi secara percuma daripada pengedar sah anda,

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Friday 21 November 2014

Aktiviti Di Waktu Petang

Assalamualaikum..hari ni hari ketiga main badminton..oklah kan ada juga aktiviti di waktu petang..bagus juga kalau teruskan boleh juga keluarkan peluh..kalau tak duduk rumah tengok televisyen..sambil duk tengok tu mesti mulut mengunyah apa-apa makanan..hehe..


kami main sempoi-sempoi je..berselipar jepun main belakang blok je..haha..geng selipar jepun..sambil main mata perhati anak-anak..ada yang berlari sana sini..ada yang memanjat..riuh rendah jadinya..


hari ni ramai yang turun main..gilir-gilir main sambil jaga anak..seronok juga ada aktiviti sukan sempoi-sempoi macam ni..bolehlah mengeratkan silaturrahim sesama kita..salah satu aktiviti yang sangat berfaedah..


esok dah start cuti sekolah makin meriahlah belakang blok 13 ni..siapa-siapa yang nak join mehla turun je petang-petang..isnin hingga jumaat yer..sabtu dengan ahad kalau tak kemana-mana boleh je main..hehe..


orang kuat di sebalik aktiviti kami hari ini..orang yang bertanggungjawab tolong pasangkan jaring dan juga tolong ambik shuttlecock yang tersangkut di atas bumbung garaj kereta..terima kasih abang-abang askar semua..(^-^)

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Thursday 20 November 2014

Aiskrim Mealshakes

Assalamualaikum..malam ni masuk dapur dengan si cilik riana..buat aiskrim mealshakes..baru-baru ni beli bekas untuk aiskrim..apalagi ibu pun cuba la buat..ala-ala aiskrim malaysia je..cuma comey sikit ada bekas-bekas gini..


4 ketul bekas aiskrim rm5..riana dah chop kakak punya warna pink..warna favourite riana la pink tu..apa-apa nak warna pink..memang semua aiskrim ni riana punya..ibu buat khas untuk riana..asal pergi kedai je minta aiskrim.. (^-^)


bahan-bahan sebenar buat aiskrim ina tak cari pun..ina just shake je mealshake dengan susu dutch lady perasa coklat..buat apa yang ada kat rumah..stok mealshakes memang dah ada..apalagi lepas maghrib tadi terus shake..


macam sedap je ibu tengok bila dah siap shake kan..nasib baik ada susu dutch lady riana je dalam tu..kalau tak habis dah separuh ibu minum..hehe..menawan kalbu kan..dengan buih-buih tu..yummy bila buka bau vanilla menusuk hidung..

masukkan bahan-bahan yang telah di shake kan ke dalam bekas aiskrim..masa nak letak ni riana sibuk nak tolong juga..rajin sungguh anak ibu ni..tadaa siap untuk masuk peti sejuk..kita tunggu beku nanti baru boleh makan aiskrim mealshakes..


nak cuba buat aiskrim yang berkhasiat untuk anak anda..boleh dapatkan mealshakes daripada pengedar sah anda..boleh terus mesej ina melalui facebook atau whatsapp yer..

0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Tuesday 18 November 2014

Nutriferon Ubat Demam Shaklee

Assalamualaikum..

Petang tadi bila pegang badan riana..eh macam panas je..demam ke budak ni..bila periksa suhu..hurm comfirm demam..tak merengek pun riana..ok je duk main..ibu tertidur petang tadi..riana duk main je..haha


bila ibu kata nak kena makan ubat demam ni..cepat-cepat riana pergi dapur ambil nutriferon..memang ada je stok nutriferon kat rumah ni..bila demam atau selsema terus je ambil satu peket nutriferon..

riana tak perlu risau..kalau bab suruh telan nutriferon tak demam pun dia suka makan..sedap nutriferon ni..manis-manis buah..hasil ambil nutriferon satu peket petang tadi..malam ni dah tak demam..suhu badan dah turun 35.9..alhamdulillah riana tak perlu nak telan ubat demam klinik..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Roti Sarang Lebah

Assalamualaikum..

kalau buka facebook penuh dengan pelam asam boi..penuh dengan roti sarang lebah..pelam asam boi dah dapat buat sendiri masa kat kampung..hilang mengidam..ni duk mengidam roti sarang lebah pula..


duk pikir kenapa la orang panggil roti sarang lebah..bila tengok gambar macam roti biasa je..tapi kacang-kacang tu nampak menarik dan tertarik..betul kan..tak sabar nak rasa kesarangan lebahan itu..

disebabkan ketidaksabaran itu menyebabkan ina telah membuat order roti sarang lebah yang menyengat itu..nasib baik ada di jual kawasan tapah ni..hehe..anak shaklee yang buat..apalagi order je ina pandai..haha

siapa yang berada di kawasan tapah kalau teringin nak rasa bolehla buat pesanan dengan kak harina..hehe..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Monday 17 November 2014

DIY Bean Bag

Assalamualaikum..

hari ni sesi mengemas kotak-kotak shaklee..dah penuh rumah dah..nak simpan untuk pindah tak tahu tahun bila nak pindah kan..jadi bagi pada yang memerlukan..hehe..sambil-sambil mengemas tu duk pikir nak buat apalah dengan foam putih ni..


setiap kali beli barang shaklee mesti ada foam putih bentuk E ni..dah terlampau banyak..nak buang sayang..encik suami bagi cadangan suruh buat bean bag sendiri..so malam ni duk google DIY bean bag..


nampak macam senang je..tapi boleh ke foam putih ni tahan kalau ina yang duduk..haha..terasa kegemukan yang melanda..cuti sebulan kerja makan je..adoi rosak diet duduk rumah mertua..haha..


ni penuh satu plastik hitam foam ni..ni yang kemas hari ni..yang kemas sebelum ni tak silap ada 3 atau 4 plastik hitam..tu tak campur dengan yang dah bagi pada jiran..huhu..berlambak-lambak..

hari tu ternampak ada yang buat bantal tidur..boleh la cuba buat bean bag dengan bantal..siapa yang dah pernah buat bean bag boleh kongsi tak guna kain apa..kain yang baldu-baldu lembut tu nama apa yer..haha gagal bab nama kain..

with love,

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Kelebihan CoQ10 Shaklee

Assalamualaikum..


CoQ10 health merupakan suplemen untuk kesihatan jantung, kulit yang cantik, tenaga, migrain, kesuburan khusus untuk lelaki, pelindung matahari..ia juga merupakan:

- antioksidan yang bagus
- tinggi bioavailability ( ambil sedikit tetapi kesan yang berganda)
- mengandungi vitamin e untuk kulit dan kesuburan
- menghalang oksida LDL kolestrol sehingga 70-80%


Fungsi CoQ10:

- mengurangkan proses penuaan
- wajah lebih berseri
- mengurangkan kedutan di wajah
- melindungi arteri daripada kolestrol jahat
- melancarkan peredaran darah
- meningkatkat kesuburan
- menambahkan tenaga
- antioksida yang bagus
- mengawal angina (sakit dada)


jika badan tidak cukup coq10 boleh membawa kepada penyakit jantung kerana jantung tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk mengepam darah dengan baik..kematian boleh berlaku jika tahap koenzim coq10 berada di bawah 75%.


dapatkan coq10 shaklee daripada pengedar sah anda,

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Sunday 16 November 2014

Ready Stock

Assalamualaikum..alhamdulillah dah selamat sampai ke rumahku syurgaku..lenguh kaki naik tingkat 4
haha..

vitamin shaklee ready stock tau..esok dah boleh pos..bayaran sebelum 3 petang sempat ina pos esok..nak join tak?

esok boleh bungkus barang sambil kemas rumah..adoi penat tengok rumah..penuh tahi cicak tepi dinding..tuan rumah tak ada diorang berpesta yer..joget lambak agaknya..haha

yang nak COD barang esok ina mesej yer..jom pengsan dulu..badan penat dan letih..lenguh-lenguh kaki..jom ambil ostematrix sebelum tidur..selamat malam semua..

with love,
ibu riana
0175262669

posted from Bloggeroid

Gerbang Malam Ipoh

Assalamualaikum..semalam dah pergi gerbang malam..majan di medan selera..pekena tom yam dengan satay..sedap..malam ni sebelum bertolak balik singgah gerbang malam lagi untuk makan..tapi kedai yang kami makan semalam tutup..hari ni pekena popia goreng dan popia basah S.S.Ali bersebelahan kedai semalam..



malam ni order tom yam..kali ni tom yam putih..encik suami kata sedap..bagi ina yang makan semalam lagi sedap..hehe..order sotong kangkung macam dekat padang kota..rasa yang sama..kuantiti yang sama..di padang kota harga RM15 sepinggan..di medan selera gerbang malam ipoh harga sepinggan sotong kangkung RM7..huhu separuh harga dari harga padang kota penang..



tak payah susah-susah pergi sampai penang kat Ipoh pun ada..hehe..oklah nak sambung makan..jumpa lagi di lain episod jalan-jalan cari pasal..huhu..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

posted from Bloggeroid

Saturday 15 November 2014

100% Shaklee

Assalamualaikum..esok dah balik Tapah..habis dah cuti encik suami..lepas ni boleh la ber shaklee sepenuh masa..hehe..

bagi semua yang dah booking barang dari ina..isnin ni ina pos dan hantar yer..tak sabar nak balik Tapah..rindu sangat dah dengan encik streamyx kat rumah..bulan ni bayar saja-saja jelah..sebulan tak ada kat rumah..

siapa nak selit order..bagitahu awal-awal ye sebelum ina pergi pos barang..ina pos petang..insyaAllah jika diizinkan Allah..kita hanya merancang..Allah yang menentukan..

pengedar sah anda,

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

posted from Bloggeroid

Pertandingan Bowling ahli BAKAT Kem Tapah

Assalamualaikum..bersiaran dari Ipoh, Perak..Hari ni join pertandingan bowling ahli BAKAT Kem Tapah..aktiviti untuk isteri-isteri tentera..bertempat di pusat bowling mydin meru,Ipoh..

bidan terjun je ina ni..masih di kampung tapi geng-geng kompeni Alfa call bagitahu tak cukup orang..tanya encik suami dia kata ok..apalagi on je lah..sampai mydin meru riana terus nampak kedai upin-ipin..riana dengan ayah makan dulu..ibu terus naik daftar nama..







lawan petang tadi untuk kumpulan kompeni alfa dapat nombor dua..manakala untuk kategori individu ina dapat nombor satu..tak sangka sebenarnya..tak sia-sia datang dari kampung..hehe..dah buka dah hadiah tadi..riana sibuk nak buka..dia kata hadiah kakak ni..comel-comel hadiah..terima kasih semua ahli jawatankuasa yang terlibat..











encik abang sempat ambil gambar senarai nama pemain bowling tadi..dia kata nak buat bukti..haha..ada-ada je..sifu ina tu..banyak bebel kalau bola masuk longkang..haha



habis pertandingan lebih kurang pukul 5 petang..kami terus ke hotel seri Malaysia..mandi dan rehat..esok encik abang masih cuti..tido Ipoh satu malam..layan riana mandi kolam petang tadi..sempat la sejam riana mandi..esok mandi lagi..







tadi pergi gerbang malam Ipoh..tak beli apa pun..cuci mata je..sekarang ada di kinta riverfront..riana nak naik basikal dengan ayah..entah mana diorang pergi tinggal ibu sorang-sorang kat bawah pokok ni..



ibu penat main bowling..tak.larat nak kayuh basikal dah..lenguh kaki..haha tua dah..oklah sambung lagi di lain masa..bye..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

posted from Bloggeroid