Tuesday 30 September 2014

Atasi Bengkak Susu

susu ibu terbaik
Assalamualaikum..Antara masalah utama yang sering terjadi di kalangan ibu yang menyusukan bayi adalah payu dara bengkak. Walaupun sakit tetapi jangan risau kerana ia adalah petunjuk positif iaitu ibu sedang menghasilkan susu untuk bayi.

Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Biasanya ibu yang mengalami bengkak susu, akan segera mengepam payu dara. Tetapi hakikatnya ia bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

Bahkan ia mungkin membuatkan saluran susu tersumbat hingga susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja mampu menghilangkan masalah bengkak susu. Ada beberapa tip lain yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mengalami bengkak susu.

Sentiasa memakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam. Pastikan ia padan dan tidak terlalu ketat.terdapat banyak coli menyusu di pasaran..

Susukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua belah payu dara pada setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payu dara sebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya, mulakan dengan payu dara yang terakhir dihisap.

Aerola yang keras menyukarkan pelekapan bayi dengan betul. Oleh itu perah dengan tangan atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut.

Tuam payu dara dengan tuala hangat atau mandi dengan air suam sebelum memerah turut membantu melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu.

Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payu dara.

Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. Ia tidak akan memburukkan keadaan.

Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting. Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar.

info : pa&ma

Monday 29 September 2014

Do It Yourself - Febreze Homemade

Assalamualaikum..nak kongsi dengan semua nak buat semburan pewangi di rumah..

1) botol penyembur..kat kedai rm2 banyak botol ni..hehe


2) 350ml air 


3) 1 sudu soda bikarbonat yang bertindak sebagai agen penyerap bau

4) 1 penutup downy

campur semua bahan hingga sebati..boleh sembur pada cadar, bantal, langsir, sofa..harum mewangi satu rumah..

Selamat Mencuba

Sunday 28 September 2014

Sunnah Memanah Berkuda

Assalamualaikum..antara sukan yang mengikut sunnah iaitu berkuda, memanah dan berenang..semalam 27 september ina pergi menonton international horse show di Selangor Turf Club..ada pertandingan memanah berkuda..ada ekuestrian..pertama kali tengok..best juga..masa tengok ekuestrian..bila kuda tu dapat lompat tanpa jatuhkan palang..ina plak yang rasa teruja..seronok..kategori budak-budak pun ada..encik suami ina lagilah seronok..hehe..memang minat dia la kuda-kuda ni..pasni encik suami boleh la training memanah sambil naik boy di kampung..mana tahu leh wakili orang kampung..haha..

Saturday 27 September 2014

Resepi Ayam Goreng Simple

Assalamualaikum..dah masak ke semua..meh nak kongsi dengan semua resepi ayam goreng yang simple..tersangat la simple tapi sedap hingga jilat jari..resepi yang ina nak kongsi ni pun sangat ringkas..tak perlu buh gambar..anda bayangkan sahaja yer..tapi jangan sampai leleh air liur plak..hahaha..

potong dan basuh ikut sukahati kita..nak potong 18 atau potong 1000 pun boleh..hehe..dah settle basuh semua..masukkan garam + kunyit + tepung gandum + rempah kari + sos tiram + daun kari..gaul semua..nak lagi ok perap sikit dalam setengah jam..ina suka perap dulu sekejap..dekat-dekat cik abang nak balik kerja baru goreng..kalau yang taknak berminyak sangat boleh guna pemanggang ajaib..

makan dengan nasi panas..ada air asam atau sambal belacan..letak kicap sikit..ulam-ulaman serba sedikit..hurm selera sungguh..hehe..selamat mencuba..

Friday 26 September 2014

Jom Ganyang Aedes

Assalamualaikum..jom semua kita ganyang aedes..nyamuk aedes ada yang tak kenal tak..ha ni la rupa nyamuk tu..bahaya tau..gigitan nyamuk aedes boleh membawa maut..

nyamuk aedes

macam mana nak ganyang aedes ni..apa yang perlu kita buat..

1 - luangkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu dan laksanakan aktiviti cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam persekitaran tempat tinggal anda..

2 - sertai gotong royong yang dijalankan di kawasan perumahan anda..

3 - masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas-bekas srimpanan air atau takungan air di rumah masing-masing..

4 - sekiranya ahli keluarga demam dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital..

Tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam rumah :

(1) bekas jambangan bunga - berus dan salin airnya setiap minggu
- bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
- gunakan gel sebagai pengganti air

(2) kolah air- berus dan cuci setiap minggu
- bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

(3) dulang peti sejuk lama- berus dan cuci setiap minggu
- tutup dengan rapat
- bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

(4) pam tandas- jika rosak baiki dengan segera
- tutup dengan rapat
- bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

Tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di luar rumah :

(1) bekas makanan polisterin
- buang dalam tong sampah yang bertutup

(2) bekas simpanan air- berus dan cuci setiap minggu
- tutup dengan rapat
- bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

(3) alas pasu bunga- berus dan cuci setiap minggu
- bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

(4) pasu bunga
- gemburkan tanah setiap minggu
- pastikan pasu bunga tidak menakung air

(5) botol dan tin
- kumpul dan lupuskan dengan sempurna
- letak di tempat yang terlindung dari hujan

(6) tayar
- letak di tempat yang terlindung dari hujan
- bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
- lubangkan jika perlu
- susun dan tutup rapat di bahagian atas

Cegah sebelum terlambat..ambil peduli jika anda seorang yang prihatin dan sayangkan orang di sekeliling anda..(^-^)

Thursday 25 September 2014

Menu Sarapan Sihat

Assalamualaikum..dah sarapan semua..ibu-ibu kat dapur mesti tengah pening nak masak apa untuk sarapan di pagi hari kan..apa yang penting pada sarapan ni..bila suami dan anak-anak makan sarapan pagi..mereka bertenaga sepanjang hari..haa nak tahu tak menu sarapan sihat khas untuk ibu-ibu semua..bahan-bahannya adalah:-

1) Mealshakes
hanya 1 sudu sehari
2) Koko Krunch
apa-apa jenama pun boleh

3) Air suam
pastikan suam..sejuk tak sedap

4) mangkuk atau cawan
riana suka warna pink

5) sudu
pink lagi

haa senang je menu kita pagi ni..ambil mangkuk atau cawan..bancuh mealshakes dengan air suam..tambah koko krunch..ambil sudu makan..hehe..dah tak payah nak buat air lagi dah..sedap kan..kalau yang tak suka koko krunch boleh tukar dengan honey star atau oat..

siap untuk di makan

selamat bersarapan dengan menu sarapan sihat..tata..titi..tutu

Wednesday 24 September 2014

Baby Shaklee..

Assalamualaikum..petang tadi lepas balik pos barang singgah kejap Taman Tapah..singgah melawat baby dengan ibu baby..ni baby shaklee tau..alahai tak sempat nak bergambar dengan baby tadi..baby menyusu je tadi..alhamdulillah susu ibu pun meriah..ibu baby adalah Puan Nur Harina..mula-mula pelanggan tetap..lama-lama bertukar jadi anak Shaklee ina..memang ambil set kesuburan sebelum hamil..bila dah berjaya hamil..terus ambil set hamil Shaklee sampailah selamat melahirkan baby boy pada 6 september 2014..panjang nama baby..ingat yang depan je Nik Muhammad..yg belakang lupa..hehe..meh teropong nama baby..

Photo: New Hero Is Born...

ni anak ketiga..anak kedua dah lima tahun..lama juga menanti kehadiran cahaya mata baru..alhamdulillah dengan mengambil set kesuburan shaklee berjaya hamil..yang bestnya..baby lahir pramatang tetapi berat 3.3kg tau..macam berat baby yang lahir cukup bulan..riana lahir terlebih minggu pun 3.16kg je..sedap bau baby kan..doa-doa la rezeki ina plak lepas..pas sorang-sorang anak Shaklee ina hamil dengan GLA Shaklee..jelous mak..haha..

apa-apapun tahniah buat kak ina dan suami..selamat berpantang dan selamat bercuti..

with love,
ibu riana

Cara Nak Sign Up Blog

Assalamualaikum..terima kasih sudi kunjungi blog ina ni..ari ni bukan nak buat class..tetapi nak ajar cara nak sign up blog..insyaAllah ina akan share dengan semua apa yang ina tahu..masih ramai yang belum ada blog sendiri kan..maybe tak tahu macam mana nak sign up kan..jom follow step yer..semoga bermanfaat..

so first step..bagi yang masih zero pasal blog ni..mula-mula kita kena sign up gmail account..

Step 1 - open blogspot.com - bagi yang masih belum ada gmail account..klik create an account pastu sign up gmail account..jangan lupa password yer..bila dah settle sign up..masuk email gmail dengan password..klik sign in



Step 2 -bila dah sign in akan kuar page macam kat bawah ni..klik continue to blogger


Step 3 - bila dah masuk blogger..klik new blog..


Step 4 - tajuk blog tu apa-apa je..Assalamualaikum..Welcome..
nama blog tu yang nama orang akan search blog kita..tengok avaibility name..
dah settle tajuk dgn nama blog..klik create blog


Step 5 - settle create blog..klik view blog..dah settle sign up blog..boleh godek-godek yer..faham ke godek-godek ni..haha..silalah selongkar apa yang ada..


ok settle dah..anda dah ada account blogger..selamat berblog yer..

With Love,
Ibu Riana

Tuesday 23 September 2014

Resepi Pisang Goreng Cheese Coklat

Assalamualaikum..hujan-hujan ni tiba-tiba teringat pisang goreng cheese la plak..mana nak cari kat tapah ni..try google resepi..nanti gi cari bahan..try buat..telan air liur tengok gambar ni..kalau buat puas sikit makan yer tak..panas-panas..layannnn...

ihsan google

hasil dari google..alahai sonang je nak buatnye..goreng pisang mcm biasa kita duk goreng tu..bila dah siap..tuang susu..parut cheese cheddar..tambah coklat rice..gitu aje..ada banyak versi pisang goreng cheese ni..ada yang panaskan cheese cheddar dengan susu..pastu gaulkan dgn pisang yang telah digoreng..

macam mana pun caranya asalkan jadi sudah..kecur air liur weh..esok nak kena pergi TF cari barang la nampak gayanya..harap-harap ada la pisang..huhu

Sunday 21 September 2014

Tips Suami Isteri : Kongsi Hobi Bersama

Assalamualaikum..sejuk sini..nak taip entry ni pun rasa ketar tangan..sekarang ina dekat kawasan bukit bukau di iskandar polo ipoh..dengar tempat pun mesti tau kan tempat kuda..hobi baru encik suami sejak tahun lepas..urusan jual beli kuda ina yang handle..kira boleh tahan jugaklah speaking dengan mr don (tauke kuda)..siap tawar menawar dalam english..fuhh berpeluh jugakla..alhamdulillah settle semua urusan..

ina pun jadi minat nak belajar tunggang kuda tetapi tangan kiri dah tak kuat..kesan kemalangan bulan 10 tahun lepas..doktor nasihatkan dah tak boleh nak terlibat dengan sukan lasak-lasak ni..tinggal kenangan la semua..futsal..bola jaring..bola tampar..bukan tak boleh main..risau sendi bahu kiri ni terkeluar lagi..pergh ngeri bila difikirkan..main batu seremban boleh..sape nak lawan..jom..

Tiap kali datang ipoh..mesti datang sini..tempat favourite encik suami..layankan janji bahagia..yer tak..jap lagi kita ajak dia pergi kedai kain plak..hobi baru kita plak..alhamdulillah encik suami tak halang..dah minat katanya..

Pernah aritu encik suami kata ajarla macam mana nak guna mesin jahit ni..hehe..dia pun tiba-tiba jadi terminat kot dengan dunia jahitan..sama-sama kongsi hobi dan sokong satu sama lain..seronok bila kita jahit baju anak..suami puji cantik dan ucap terima kasih jahitkan baju anak..berbunga-bubga cinta..haha..

Sekian coretan di kala hujan renyai-renyai membasahi bumi ipoh..hobimu hobiku jua..

Ibu Riana
04:45 pm
Iskandar Polo Ipoh, Perak


Friday 19 September 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum..di kesempatan ini ina nak ucapkan tahniah kepada Puan Erni Rusnizar yang telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 15 september 2014..
bayi Shaklee tau..4 tahun menanti akhirnya Allah izinkan puan erni mengandung dengan mengamalkan set kesuburan Shaklee..Alhamdulillah..seronok dengar berita macam ni..kita hanya usaha dan merancang..jika Allah izinkan semua tak mustahil kan..

puan erni dan suami

set kesuburan paling bajet GLA untuk isteri manakala suami pula ambil zinc..inshaAllah kalau tak usaha mana akan dapat hasilnya..


ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Wednesday 17 September 2014

Alfafa bahan semulajadi untuk detoks

Assalamualaikum..jom cerita macam mana nak detoks guna bahan semulajadi..apa detoks ni?nak kena guna bahan peluntur ker?haha sape sanggup minum clorox silakan..hehe gurau jer..jangan ada yang cuba plak..kena saman ina nanti..hehe..detoks ni kalau senang nak faham proses pembersihan dari dalam badan daripada segala kotoran atau racun-racun yang secara sengaja atau tanpa kita sedar telah berkurung dalam badan dalam masa yang lama..



kenapa kena detoks..penting sangatkah?kebiasaannya sebelum kita makan apa-apa supplimen tambahan..penjual akan cadangkan kita detoks dulu..sebabnya bila dah detoks barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum..ada orang salahkan supplimen sebab tiada perubahan bila dia ambil..masalahnya dalaman tak detoks..masih ada kotoran,lemak tepu yang menyekat atau menghalang supplimen bertindak..haa sebab tu penting kena detoks yer..

tumbuhan alfafa

Shaklee ada supplimen untuk detoks yang paling best..tak perlu nak susah-susah mencari daun-daun herba atau daun-daun ubat untuk detoks..perkenalkan bahan semulajadi untuk detoks..ini dia ALFAFA SHAKLEE..raja segala tumbuhan..tak perlu nak cari daun lagi..telah dikeluarkan dalam bentuk tablet dan dibotolkan dengan bersih dan halal..



dapatkan alfafa daripada pengedar sah anda,


ibu riana

0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Monday 15 September 2014

Riana Boikot Laptop

Malam ni riana tak bagi langsung ibu buka laptop..nak suruh baring-baring dengan dia depan televisyen..sambil tengok hoore! hoore!..seronok cerita ni..
ada pengajarannya..keluar dari kepompong rendah diri..kalau iman tak masuk ratu idola tu mesti dia tak confident nak berdepan dengan orang kan..pengaruh sekeliling..ejekan dan kutukan membuatkan diri seseorang tidak yakin dan rendah diri..
kesimpulannya kat sini..dengan rendah diri nak bagitahu saya pengedar shaklee Tapah..untuk kawasan Tapah penghantaran vitamin sampai depan pintu..untuk kawasan lain satu malaysia pun boleh..tapi saya tak hantar..abang poslaju tolong hantarkan..hehe..


ibu riana
pengedar tapah
0175262669

Sunday 14 September 2014

mencegah lebih baik daripada mengubati

Assalamualaikum..baru balik hospital alor setar..bawa mak menakan ambil ubat..ramainya orang kat hospital..nak parking pun takde..ramai orang datang melawat ke..ramai orang sakit..

bila ramai-ramai kat hospital macam ni terlintas pepatah "mencegah lebih baik daripada mengubati"..

macam mana nak cegah..sekarang ni penyakit yang paling popular penyakit tiga serangkai..jantung, kencing manis dan darah tinggi..kalau ada tiga-tiga penyakit ni memang macam-macam la ubat nak kena telan..penuh plastik..orang Kedah panggil sekandaq ubat..haha betul tak orang Kedah..ceq pun ingat-ingat lupa ni..

pelbagai pencegahan yang kita boleh buat..antara yang selalu kita duk dengar dalam iklan-iklan..satu sudu gula sudah cukup..kurangkan gula..lebihkan manis dalam senyuman..

pemilihan makanan seimbang..nak imbang mcm mana ye..takkan nak timbang..maknanya dalam pinggan kita tu ada nasi..ada sayur..ada ikan atau ayam..makanan pula tak berlemak..tak terlalu masin..tak terlalu manis..seimbang dari segi cara masak..dari segi rasa.

senaman juga penting..seperti iklan hanya 20 minit sehari..x susah nak senaman..tak perlu nak pakai pakaian senaman yg lengkap pun boleh..contoh rumah tingkat 4..hari-hari naik tangga tingkat 4 pergi dan balik kerja..kalau di pejabat ada lift..elakkan guna lift..naik tangga untuk menjaga kesihatan jantung..

ada orang amalkan makanan tambahan..eh nape nak kena makan..bukan ke tunggu sakit baru makan..salah ye..makanan tambahan bukan ubat..kita makan untuk kekalkan kesihatan yang baik..dalam erti kata lain kita mencegah sebelum terlambat..

tepuk dada tanya selera..yang mana pilihan anda..nak cegah atau nak mengubati..

Friday 12 September 2014

Mealshakes Shaklee Pilihan Terbaik Untuk Anak Anda

Assalamualaikum..sedikit corat coret dari borak-borak dengan pelanggan yang dah beri mealshakes pada anak-anak..


anak yang dulu tak nak minum susu, sekarang dah pandai minta nak susu



anak yang dulu tak hirau pasal makan, sekarang dah pandai bagitahu lapar nasi


anak yang dulu makan sejemput je nasi, sekarang dah makan sepinggan nasi


anak yang dulu kurus cekeding, sekarang dah nampak berisi

anak yang dulu kerap demam, sekarang dah jarang-jarang demam


anak yang dulu memilih makanan, sekarang sayur pun dia suka makan

anak-anak anda ada masalah seperti anak-anak pelanggan ina sebelum cuba mealshakes..apakata anda usaha dengan berikan anak-anak anda mealshakes..terbukti berkesan..tak payah testimoni pelanggan..testimoni ina sendiri pun dah terbukti..bayangkan dekat pukul 1 pagi riana minta nasi..haha..harga mealshakes untuk bulan september hingga oktober 2014 memang tak masuk akal..beli 3 mealshakes anda dapat percuma 1 mealshakes..wah untung dan jimat kan..berminat boleh hubungi ina untuk maklumat yang lebih terperinci...

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com