Saturday 31 May 2014

Harga Set Kecantikan Shaklee

Assalamualaikum..kecantikan tak lari dari wanita..sanggup lakukan apa sahaja untuk cantik..ada yang sanggup membelakangkan Allah demi nak cantik macam Angelina Jolie..cucuk sana..cucuk sini..bedah sana bedah sini..apa orang panggil plastic surgery kan..huhu..kita sebagai orang Islam tak perlulah nak cucuk-cucuk ni..nak pilih set kecantikan pun kena tahu jugak pasal produk..jangan plak tempek kat muka yang ada bahan kimia..set kecantikan Shaklee terbukti berkesan..nak tahu tak harganya berapa..sangatlah berpatutan..bukan ribu-ribu pun..harga memang mampu milik..

Set kecantikan Shaklee ada 3 jenis..nak cerita panjang jom kita teropong harga dulu yer..
set kecantikan shaklee

kebaikan set kecantikan shaklee


Harga :


Vitamin E RM149
Vitamin C RM92.50
B Complex RM53.75

0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Friday 30 May 2014

Selamat Hari Lahir Ayah

Assalamualaikum..ina mengambil kesempatan hari ni untuk mengucapkan selamat hari lahir buat insan yang telah banyak berkorban untuk membesarkan ina dan banyak berkorban wang ringgit untuk bagi pelajaran pada anakmu ini..terima kasih ayah..
MOHD NAIM B. SIDEK..

ayah ina

tak terbalas segala pengorbanan ayah pada ina dan adik beradik yang lain..tulang empat kerat inilah yang banyak berjasa untuk kehidupan ina dan adik beradik yang lain..hari ni dah 70 tahun umur ayah..semoga ayah sentiasa berada di bawah lindungan Allah..kami semua sayang ayah..



Anak Sulung
Kakti sekeluarga
Norhayati Bt Mohd Naim + Mohd Murad B. Baharuddin
-----------------------------------------------------------
Ahmad Ikhmal Hisyam B. Mohd Murad
Mohd Helmy B. Mohd Murad
Nur Athira Yasmin Bt Mohd Murad
Mohd Zulfazdley B. Mohd Murad



Anak Ke 2

Mohd Zainudin B. Mohd Naim + Siti Aishah Bt Md Taib
-----------------------------------------------------------
Siti Zulaikha Bt Mohd Zainudin
Farha Amira Bt Mohd Zainudin
Ezzah Sofea Bt Mohd Zainudin
Liyana Syahirah Bt Mohd Zainudin
Afrina Fasihah Bt Mohd Zainudin



Anak Ke 3
kak sah sekeluarga

Noranisah Bt Mohd Naim + Fakri Zaki B. Hj Md Darus
-----------------------------------------------------------
Harith Danial B. Fakri Zaki
Nur Adlin Aliya Bt Fakri Zaki



Anak Ke 4
kak ita sekeluarga

Noranita Bt Mohd Naim + Abu Bakar B. Nordin
---------------------------------------------------
Nur Umairah Zahra Bt Abu Bakar
Nur Damia Nasuha Bt Abu Bakar



Anak Ke 5
owner semarak workshop

Mohd Azmi B. Mohd Naim + Poziah Bt Othman
--------------------------------------------------
Nur Hidayah Aqilah Bt Mohd Azmi
Nur Anis Atiqah Bt Mohd Azmi
Nur Syahirah Afiqah Bt Mohd Azmi



Anak Ke 6
Kami

Nor Zarina Bt Mohd Naim + Aedrol Akhmar B. Ismail
---------------------------------------------------------
Adriana Aqmar Bt Aedrol Akhmar



Anak Ke 7
kakcik dan suami
Nornaimah Bt Mohd Naim + Khairudin



Anak Ke 8
syafiq
Mohd Adli Syafiq B. Mohd Naim



Anak Bongsu
maksu dengan dayang-dayang..ish-ish riana duduk..lenguh kaki :-p
Norain Izwani Bt Mohd Naim



Thursday 29 May 2014

Keperluan Anak Ketika Bercuti

Assalamualaikum..cuti sekolah dah bermula..semua orang dah sibuk rancang percutian..bagaimana dengan keperluan anak..adakah selalunya keperluan yang anda bawa cukup..meh ina kongsi dengan semua untuk sediakan keperluan anak ketika bercuti..

jika anda bercadang ingin bercuti bersama anak-anak yang berusia 3 tahun ke bawah, pastikan anda membawa keperluan seperti di bawah:

riana pakai pampers ni..hehe

1. Lampin pakai buang yang secukupnya
yang ni memang penting..kadang-kadang kita dah kira cukup-cukup je ikut berapa hari percutian..tetapi tetap tak cukup sebab anak tiba-tiba plak cirit-birit..so keraplah tukar lampin pakai buang..

dutc lady 123

2, Susu
jika anak anda minum susu formula..kalau menyusu badan senang bercuti..tak perlu nak angkut tong susu, termos, botol susu..hehe..

brand mam

3. Botol susu lebih daripada 2
senang jika anak ingin susu semasa dalam perjalanan..tak perlu nak berhenti semata-mata untuk basuh botol susu..

thermos

4. Termos
Bekalan air panas yang mencukupi semasa perjalanan atau di tempat-tempat persinggahan..

frozen

5. Pakaian yang cukup..kena kira hujan panas..takut tak kering baju walaupun anda basuh..hehe..

biasanya kalau bercuti memang lebihkan baju riana..contoh nak bercuti 3 hari..so ina akan bawa 3 pasang baju pakai siang..3 pasang baju pakai malam..so sempatlah rotate..lebih takpe jangan tak cukup..semoga bermanfaat dan selamat bercuti..

with love,
ibu riana

Wednesday 28 May 2014

10 Tip Mudah Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan

Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.


metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

p>Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

8 gelas sehari

Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

kalsium

Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

makan

Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

tidur yang cukup

Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

jangan stress yer..

Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

sinar mentari

Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

pemberat

Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
Tak pandai kira BMR atau keperluan kalori seharian anda?

vitamin c

C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

pedas

Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

teh hijau

Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

Credit to Kevin Zahri

Tuesday 27 May 2014

Peristiwa Israk Mikraj

Assalamualaikum..jom kita baca tentang peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrahdari Makkah ke Madinah.

israk mikraj
Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susuatau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.


Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.

Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Pelbagai peristiwa dilihat

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w.serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.

Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.

Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w.sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal danAbu Lahab. Bagi Abu Jahal, inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula. Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijir Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.

Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.

Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

Khilaf tentang tarikh Israk Mikraj

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.

Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.

Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.

Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir

Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.

Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal.

Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan

Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.

Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. 

Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.